Comments for A Long Journey Begins With The First Step....

Comment on Puisi untukku… by pausbiru
puisi2 itu ada puitis ny

Comment on Puisi untukku… by abdillah
sambungan…  Cetakan Dar as-Salafiyah)

Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: “Sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat kezaliman dan mereka tidak mencegah dengan tangannya, maka dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka keseluruhannya”.

Berkata Ibn Abil ‘Izzii rahimahullah: “Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah telah menunjukkan atas kewajipan menasihati pemerintah dan seterusnya taat kepada pemerintah selama dia tidak memerintahkan agar melakukan kemaksiatan”.

Firman Allah Azza wa-Jalla: ” Wahai orang-orang yang beriman ! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan juga kepada ‘ ulil amri ‘ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) di dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada (kitab) Allah (alQuran) dan (sunnah) RasulNya, yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”   An-Nisa, 4:59.

Semua nas di atas menyeru umat Islam menasihati pemerintah atau pemimpin. Tidak dibenarkan menentang mereka, tetapi diperintah agar mendoakan mereka.  Ibnu Nahhas berkata:

Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan publik.  Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga. (Tanbih al-Gafilin an-Amalil Jahilin wa-Tazirus Salikin Min Afalil Halikin. Hlm. 64)

HARAM menubuhkan pemerintahan dalam sebuah negara Islam yang telah ada pemerintah dan ketua negara yang sah.  Malah sesiapa yang menentang pemerintah yang sah (jadi pembangkang) yang telah dipilih oleh rakyat, kemudian memimpin rakyat untuk memprotes secara yang tidak sihat dan memfitnah penguasa (kerajaan) tanpa ada bukti, maka mereka dikategorikan sebagai Khawarij oleh para ulama Salaf, kerana perbuatan mereka bertentangan dengan nas-nas al-Quran, as-Sunnah, athar dan fatwa-fatwa para ulama muktabar yang mengharamkan perbuatan sedemikian.

Telah berkata Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah (sebagai peringatan kepada golongan Khawarij): ” Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Ali radiallahu ‘anhu.  Cara mereka menentang dengan melaung-laungkan slogan yang bermaksud: “Tidak ada hukum kecuali dari Allah” (Slogan ini samalah dengan apa yang dilaungkan oleh parti-parti pembangkang di beberapa negara Islam.  Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama parti mereka, tidak berjuang bersama mereka dan tidak berhukum dengan hukum Allah.)

Berkata Ali radiallahu ‘anhu untuk menentang dan membatalkan diayah yang dilaungkan oleh Khawarij maka beliau berkata:

“Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)”. Fahaman Khawarij telah digerakkan semula oleh golongan fanatisime dengan nama dan istilah ” Pejuang Tauhid Hakimiyah ” iaitu mentauhidkan hukum, atau mengkafirkan secara mutlak sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah.  Golongan ini telah bergerak di negara-negara Islam termasuk di Malaysia.

Mereka menghidupkan fahaman Tauhid Hakimiyah di setiap tempat yang dapat menerima fahaman ini. Kebiasaannya berselindung di sebalik parti politik. Ruang untuk mereka bergerak terbuka luas kerana kebanyakan negara-negara Islam yang mengamalkan dasar politik demokrasi mengizinkan sesiapapun dari rakyatnya menubuhkan parti politik yang baru.

Mungkin amat menakutkan apabila kita mengetahui bahawa Khawarij disebut dan digelar sebagai anjing neraka oleh Nabi Mhammad sallallahu alaihi wa-sallam.  Disuatu kejadian, diriwayatkan oleh Said bin Jamhan, beliau berkata:

Aku mendatangi Abdullah bin Aufa (seorang buta), lalu aku memberi salam kepadanya.  Beliau bertanya, siapa kamu?  Aku menjawab:  Said bin Jamhan.  Beliau bertanya. Apa yang dilakukan oleh orang tuamu?  Aku menjawab:  Dibunuh oleh kaum Azariqah.  Beliau berkata:  Semoga Allah melaknat orang-orang Azariqah kerana Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:

” Sesungguhnya mereka adalah anjing-anjing neraka. ”

Aku bertanya, apakah itu khusus pada orang-orang Azariqah atau untuk orang-orang Khawarij seluruhnya?  Beliau menjawab:  “Orang-orang Khawarij seluruhnya. “(Hadis Riwayat Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah.  Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)

Imam Ahmad rahimahullah menguatkan lagi riwayat hadis di atas, iaitu agar tidak mencela penguasa dan tidak meniru sifat-sifat Khawarij:

Aku (Ibnu Jamhan) berkata: ” Sultan berlaku zalim kepada manusia dan menindas mereka.” Dia berkata: Lalu dia (Abdullah bin Aufa) memeluk tanganku dan menariknya dengan kuat, kemudian berkata:  “Celaka kamu wahai Ibnu Jamhan!  Kamu wajib mengikuti sawadul azam (beliau mengulangi dua kali), jika Sultan mahu mendengar darimu maka datanglah ke rumahnya dan beritahu yang kamu ketahui (menasihatinya), jika dia menerimanya maka itu baik, tetapi jika ia tidak menerimanya maka tinggalkanlah. Kamu tidak lebih tahu darinya”.(H/R Imam Ahmad 4/382.  Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah.  Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)

HARAM  MEMBANGKANG

Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan perpecahan.  Tidak dihalalkan membangkang pemimpin sebuah negara yang dipimpin oleh orang Islam sebagaimana yang dilakukan oleh hizib Khawarij dan Mu’tazilah.  Ibnul Abil Izz  radiallahu anhu berkata: ” Diwajibkan taat kepada pemerintah walau mereka zalim dan melampaui batas, kerana sikap membangkang menimbulkan kerosakan yang berganda jika dibandingkan kezaliman pemerintah itu sendiri, bahkan di dalam kesabaran ada ganjaran yang boleh menghapuskan dosa serta menggandakan pahala”. (Muamalatul Hukkam fi-Dhauil Kitab wa-Sunnah. Hlm.155. Abdus Salam bin Bajris bin Nasir Ali Abdul Karim.  Cetakan Kelima l996M-1417H)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: ” Sesiapa yang datang kepada kamu sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah-belahkan kamu, maka bunuhlah dia”.

(Hadis Riwayat Muslim.  No. 1856)

PERHATIAN : Masyarakat Islam yang hidup dalam sebuah negara Islam, tidak ada dua (2) pemimpin. Justeru itu, tidak ada parti pembangkang, yang ada hanyalah orang-orang yang  mulia iaitu para alim ulama yang sudi menasihati penguasa atau pemimpin.

CONTOH: Di zaman para khalifah Islam, tidak tercatit dalam sirah atau sejarah Islam adanya pembangkang tetapi yang wujud diketika itu ialah ” golongan Khawarij ” yang suka melakukan huru-hara dan kerosakan dalam menentang pemerintah Islam.

Di zaman sekarang, dalam kontek sistem demokrasi, tentulah yang layak jadi parti pembangkang hanyalah dari kalangan orang-orang kafir, bukan orang-orang Islam, kerana orang Islam diharamkan melawan penguasa atau pemimpin Islam yang dipilih secara sah.

Orang beriman, berilmu dan bertakwa tidak mudah dipengaruhi oleh diayah yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah walaupun dari mulut seorang yang mengaku sebagai ulama. Kerana ditakuti datangnya dari firqah Khawarij yang menyebabkan berlakunya bid’ah.  Syara’ mengharamkan orang beriman dari menyerupai sikap dan akidah golongan Khawarij.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan sifat-sifat Khawarij, antara sifat-sifat dan sikap mereka:  Ibadah dan solatnya kelihatan lebih hebat dari ibadah para sahabat.  Namun mereka terkeluar dari millah Islamiyah kerana menghukum kafir, menghukum sesat, menghukum fasik serta mengutuk para pemimpin Islam.

Khawarij menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Bagi mencapai objektif yang dirancang, mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh menguntungkan golongannya.  Seperti Syi’ah, Mu’tazilah dan kelompok-kelompok bid’ah yang lain.  Sering menakut-nakutkan dengan pelbagai ugutan bahawa kaum muslimin akan masuk neraka jika menolak seruan, fahaman, kehendak atau tidak menyokong, bekerjasama dan masuk parti mereka.  Khawarij pandai berpidato, lancar membaca ayat-ayat al-Quran, fasih membawakan hadis dan mudah memberi fatwa, tetapi menyelewengkan fakta dan makna nas-nas al-Quran dan hadis. Tujuannya untuk mempengaruhi orang-orang jahil, memenuhi kepentingan golongan atau hawa nafsu mereka. Rasulullah telah mengkhabarkan hal ini:

” Mereka membaca al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkong mereka (tidak sampai ke hati mereka)”. (H/R Bukhari.  (3611).   Muslim.  (1066))

Rasulullah telah menjelaskan tanda-tanda Khawarij: ” Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya)”. (Hadis Riwayat Bukhari. (3644).  Muslim (1064).Sahih al-Jamek.  2227)

” Mereka keluar dari agama sebagaimana keluarnya anak panah dari sasarannya”. (Hadis Riwayat Ahmad (111/73).  Bukhari (7432).  Muslim (1064))

Menurut hadis, golongan Khawarij akan sentiasa muncul dan akan terus muncul dengan ramainya terutama diakhir zaman.  Sikap dan kejahatan mereka hanya diperasani oleh orang-orang yang berilmu, kerana Khawarij sentiasa berselindung disebalik ibadah dan kata-kata indah yang menakjubkan.  Kenyataan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam dengan sabdanya:

“Akan muncul diakhir zaman satu kaum yang muda belia umurnya tetapi singkat akalnya. Mereka meniru ucapan sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad), namun imannya tidak melewati kerongkongannya, di mana sahaja kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya ada pahalanya di Hari Kiamat bagi orang yang membunuh mereka”. (Hadis Riwayat Bukhari (6930).  Muslim (1066))

Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah dalam menjelaskan tanda-tanda Khawarij:

” Tanda paling besar kesesatan Khawarij ialah keyakinan mereka berkenaan pemimpin yang dapat petunjuk (pemimpin yang beragama Islam tetapi dihukum kafir oleh mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Allah) dan keyakinan mereka terhadap kaum muslimin yang semuanya mereka hukum sesat (kerana tidak di dalam kelompok mereka) ….. Mereka juga mengkategorikan apa yang mereka anggap kezaliman ke dalam kategori kafir”. (Majmuk Fatawa. 28/497. Ibn Taimiyah)

Setiap muslim pasti mampu mengenali kriteria Khawarij.  Kerana antara ciri-ciri mereka sudah dijelaskan oleh hadis-hadis sahih dan para ulama Salaf as-Soleh seperti kuat beribadah, banyak membaca al-Quran, kelihatan wara’ dan mudah menggelar diri mereka sebagai tokoh dan ulama.

Khawarij bijak memerangkap (menipu dan memperdaya) masyarakat melalui ceramah politik yang dihiasi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.  Bijak mempersonakan masyarakat dengan kekarismaan berpidato, gemar menyelewengkan tafsiran ayat-ayat al-Quran atau as-Sunnah sehingga pemikiran dan akidah masyarakat yang jahil terpesong, fanatek, taklid buta dan akhirnya menjadi Pak turut seperti lembu cucuk hidung.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala sentiasa menyelamatkan kemurnian akidah orang-orang yang beriman dan para pemimpin mereka yang bermanhaj Salaf as-Soleh, dijauhkan dari penipuan dan putar-belit golongan Khawarij yang memperkenalkan diri mereka sebagai ulama, dan mudah-mudahan hidup kaum muslimin dan para pemimpinnya sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.  Amin ya Rabbal ‘Aalamin!

Untuk memadamkan kemarakan api perselisihan yang berkaitan dengan persoalan agama, atau apa sahaja yang dipertikaikan dalam masalah ad-Din, tiada jalan penyelesaian yang paling tepat kecuali merujuk dan mengembalikan masalah tersebut kepada al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama serta fatwa para ulama Salaf as-Soleh, kerana ini sahaja cara yang amat selamat dan menepati kebenaran adalah berpandukan al Quran dan hadis serta Ahlusunnah waljamaah.Wallahualam.Wassalam.

Comment on Caj PTPTN tidak langgar syarak by rivafauziah
perkebunan ya?

Comment on ~cerita hati~ by limaumaniss
to cik siti :

membujur lalu melintang patah,

lintas jalan berhati hati,

wahai cik siti jgn gundah,

teguh hatiku tidakkan mati…

Comment on ~cerita hati~ by cik siti
by the way, everyone is unique…